(Januari 2014)
Orientasi pelajar tingkatan 1,4 dan pelajar asrama
Program orientasi ini dijalankan pada 3-7 januari 2014, orientasi pelajar tingkatan 1 diadakan di madrasah munawwarah, orientasi pelajar tingkatan 4 diadakan di semarak cafe, orientasi pelajar asrama diadakan di asrama smkokh.
(Januari 2014)
Pendaftaran pelajar tingkatan 1
Pendaftaran pelajar tingkatan 1 diadakan di semarak cafe pada 1 januari 2014. Ia turut hadir bersama ibu bapa/penjaga pelajar tingkatan 1.
Latihan merentas desa
Latihan merentas desa diadakan pada 9 januari 2014. latihan menggunakan laluan sebenar merentas desa yang akan dijalankan pada acara merentas desa akhir nanti.
Merentas desa
Acara merentas desa akhir diadakan pada 21 januari 2014. Pelajar pelajar telah dilepaskan oleh YDP PIBG SMKOKH iaitu Tn. Hj. Hamdan Bin Dilu. Turut hadir bersama adalah NYDP PIBG. Rumah syahbandar mengungguli acara merentas desa ini dengan menjadi juara keseluruhan
(Januari 2014)
Sambutan maulidur rasul
Sambutan maulidur rasul diadakan pada 23 januari 2014.majlis dimulakan dengan bacaan selawat dan perarakan. Ceramah maulidur rasul telah disampaikan oleh Tn. Hj. Wan Hamidin Bin Wan Mat (bekas pelajar smkokh tahun 1986) Para jemputan dan pelajar dihiburkan dengan nyanyian kumpulan nasyid 'Generasi Harapan' seterusnya diadakan pertandingan deklamasi sajak, pertandingan bercerita dan pertandingan seni khat.
Majlis pengisytiharan pelantikan pengawas sekolah
Sajlis berlansung pada januari 2014 dan telah dirasmikan oleh pegawai memerintah Rejiman Askar Melayu Diraja, 8 RAMD, Kuala Lipis Pahang. Pemimpin-pemimpin pelajar ini terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah dan Exco-Exco asrama. Turut hadir adalah YDP PIBG SMKOKH Tn. Hj. Hamdan Bin Dilu

(JANUARI 2014)
Pertandingan sempena sambutan maulidur rasul
Antara pertandingan yang diadakan adalah Pertandingan menulis khat, Pertandingan azan, Pertandingan deklamasi sajak, Pertandigan kuiz. Acara dan Pertandingan yang belum selesai telah disambung kembali pada perhimpuan Kokurikulum (hari rabu) 29 Januari 2014
Antara pertandingan yang diadakan adalah Pertandingan menulis khat, Pertandingan azan, Pertandingan deklamasi sajak, Pertandigan kuiz. Acara dan Pertandingan yang belum selesai telah disambung kembali pada perhimpuan Kokurikulum (hari rabu) 29 Januari 2014
(FEBRUARI 2014)
KARNIVAL SUKAN
Program sukan yang diadakan untuk mencari bakat pelajar SMK orang kaya haji sebagai pelapis altlet sekolah, daerah, negeri dan negara pada masa akan datang.
Program sukan yang diadakan untuk mencari bakat pelajar SMK orang kaya haji sebagai pelapis altlet sekolah, daerah, negeri dan negara pada masa akan datang.
(FEBRUARI 2014)
KEM PEMANTAPAN SAHSIAH PELAJAR
7/2/2014-9/2/2014 Bertempat di kem Bina Negara Kuala Lipis seramai 30 orang pelajar bersama guru-guru
pengiring mengikuti Kem Pemantapan sahsiah ini yang melibatkan sesi ceramah, kuliah, latihan dalam kumpulan dan aktiviti-aktivitti lasak
(FEBRUARI 2014)
MAJLIS PERPISAHAN GURU
Majlis jamuan tengahari ini berlangsung pada 13/2/2014 dimana ianya meraikan perpisahan guru-guru SMKOKH. Penyampaian cenderahti disampaikan oleh pengetua SMKOKH, Tn, Hj, Syed Mohammad Bin Syed Agil.
MAJLIS PELANCARAN BULAN DISIPLIN DAN ANTI BULI 2014
19/2/2014- Majlis ini telah diuruskan oleh En. Shamsul Aza b. Mohd Hussain, pengurus Kem Bina Negara Kuala Lipis Pada jam 8.00 pagi bertempat di dataran semarak.

(FEBRUARI 2014)
KEJOHANAN PINGPONG MSSD LIPIS 2014
19/2/2014- Kejohanan ini berlangsung di dewan SMK Benta. SMKOKH telah menyertai perseorangang lelaki, beregu lelaki, perseorangan perempuan, beregu perempuan. SMKOKH berjaya mendapat tempat ke-3 peseorangan lelaki iaitu Mohammad Zulhaikal Razak.
MINGGU BAHASA-PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRITI (PPKI)
20/2/2014- Minggu bahasa PPKI telah dijayakan di kelas PPKI SMKOKH bermula pada jam 8.00 pagi. Antara aktivitinya adalah Pertandingan pantun, Pertandingan sajak bagi kategori bahasa melayu manakala kategori bahasa inggeris pula adalah spell it right and show me.
MOTIVASI TINGKATAN 3 DAN 5
BAGAIMANA MENJADI PELAJAR CEMERLANG telah diberi oleh UST. Samsi bin Samsuddin dari Inteligent Mission Consultant. Antara objektifnya ialah supaya pelajar tahu cara untuk menjadi pelajar yang cemerlang
21/2/2014- PROGRAM MENUJU KE PUNCAK GADING telah diberi oleh multimedia college. Antara objektifnya memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar melanjutkan pelajaran di MMC.
PROGRAM ANDA BOLEH SAYA PUN BOLEH telah diberikan oleh En. Lim Noh Thong. Antara objektifnya adalah untuk membina kekuatan mental para pelajar dan juga supaya tidak cepat berputus asa.

(FEBRUARI 2014)
KECERIAN DEWAN MAKAN ASRAMA
15/2/2014-Bertempat di dewan makan asrama SMKOKH, seramai 33 orang pelajar 5 usaha bersama-sama dengan 3 orang guru telah membuat penambah baikan dewan makan asrama. Antara aktivitinya adalah membersih kawasan dalam dan persekitaran dewan makan, mengecat semula dinding bawah tingkap dan siling atas, melebal dan mengemas semula barangan dan makanan
No comments:
Post a Comment